Assalamualaikum…
Dah lama aku tak update entry aku kn.. rindu berlemen2 dah kat page ni..
Kesibukan melanda disebabkan minggu ni and minggu depan mid term..
Bulan ni jugak la nak kna submit semua assgmnt and report..fuhhhhhhhh ! Sabo je la =)
Kena tetap senyum sebab senyum tu satu sedekah.. ;P
Dua minggu lepas kalau tak silap aku ada talk show anjuran kolej kediaman aku.
Disebabkan nak dapatkan cop utk kolej so aku dengan terpaksanya pegi jugak talk show tu..
Haha ! ceramah agama oke .. so kna la ikhlas..
Tajuknya “syoknya jadi perempuan”..
Macam best je kan, dat y la aku pegi..and resultnya mmg best pon..serius..x tipu babe!
Org yg bagi ceramah tu plak mmg sempoi habis..
So aku juz nak share ckit la apa yang bestnya jadi perempuan ni.. bkn perempuan ni senang masuk neraka ka?..
Nak pakai baju kna tutup aurat betol2.. cikit salah dah berdosa..ishhh3
Actually perempuan ni adalah hamba Allah yang senang masuk syurga dan bole jadi senang jugak masuk neraka..
Sory la tetiba rasa nak tulis blog yang berunsurkan Islamic cikit..haha !
Korang tahu tak apa bestnya jadi perempuan ni?.. sebab
Doa seorang wanita itu akan mudah diterima/maqbul sebab wanita ni lembut dan mempunyai sifat pnyayang.. korg juz tengok ibu or mama korg pon dah cukup..doa seorang ibu tu insyaAllah selalunya maqbul rite.. *tetiba teringat mak and ayah kt umah..sob..sob ;( …
Ni kelebihan wanita yang solehah=)
a) Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
b) Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
c) Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
Jangan takut kawin awal sebab :
salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
*kalau rasa2 bole kawin awal better kawin la.. sebab bercinta ni ssh kn..semua x bole..nak peggang haram..dengar suara (gayut kat tepon) pon ikot2 berdosa.. tapi nak buat mcm mana lumrah manusia yang nak bercinta.. semua tu normal =)
Tipulah kalau cakap tak pernah buat apa masa bercouple..paling tidak pon pegang tangan..haha ! ;P
Saye tahun depan..amin InsyaAllah
Info ceramah dari: USTAZ AHMAD FIRDAUS
Bila dah kawin then jadi istri pulak bole je korg nak masuk syurga sebab :
a) Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.
b) Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
c) Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi. *so kna ingat macam mana pun kita marah suami kita jgn sesekali abaikan tanggungjwb sbgai seorang isteri =)
oke ! nak story sikit
Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keromah (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).
*betapa besarnya ganjarang pahala dari Allah jika kita mentaati suami.. walaupun gurl tu bukan islam =)
Lepas kawin mestilah pregnant kan ?..haha orang yang pregnant ni banyak taw kelebihan dia..
a) wanita yang hamil akan mendapat pahala berpusa disiang hari dan beribadat di malam hari
b) Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
c) Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
d) Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
e) Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
f) Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
kalau jadi seorang ibu pulak =)
a) Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
b) Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
c) Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
Actually ni baru sikit je ada banyak lagi.. ni yang best2 je aku dah cut & paste..
So aku bersyukur and rasanya korang pon mesti bersyukur dilahirkan sebagai seorang perempuan/wanita or one day nanti sebagai seorang isteri dan ibu.
And
Lastly aku paling tersentuh dengan ayat ni :
Dari ‘Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.”
*ayat ni mengingatkan aku pasal ayah aku yang banyak bersabar dengan dugaan dari anak2 perempuannya iaitu aku n my sis.
Lelaki pertama yang aku sayang adalah ayah aku then 2nd adalah lelaki yang sabar dan penuh dengan kelembutan sama seperti ayah aku =)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.